Setara retinoids dan carotenoids (IU) Vitamin_A

Oleh kerana sesetengah carotenoids boleh ditukar kepada vitamin A, cubaan telah dilakukan bagi menentukan jumlah dalam permakanan adalah sama dengan jumlah tertentu retinol, agar perbandingan boleh dilakukan mengenai kebaikan dalam makanan berbeza. Malangnya, keadaan mengelirukan kerana persamaan yang diterima telah bertukar. Untuk selama beberapa tahun, system persamaan yang telah digunakan di mana unit antarabangsa (“international unit – IU”) bersamaan kepada 0.3 μg retinol, 0.6 μg β-carotene, atau 1.2 μg carotenoids provitamin-A yang lain.[4] Kemudian, unit yang dikenali sebagai setanding retinol (“retinol equivalent – RE”) diperkenalkan. 1 RE bersamaan dengan 1 μg retinol, 2 μg β-carotene dilarutkan dalam minyak (sebagai pil tambahan), 6 μg β-carotene dalam makanan biasa (kerana ia tidak diserap sebaik pil tambahan), dan 12 μg samaada α-carotene atau β-cryptoxanthin dalam makanan.

Bagaimanapun, penyelidikan lanjut menunjukkan bahaya penyerapan carotenoids provitamin-A hanya separuh dari apa yang difikirkan dahulu, dengan itu pada 2001 US “Institute of Medicine” mencadangkan unit baru, setanding aktiviti retinol (“retinol activity equivalent – RAE”). 1 μg RAE bersamaan dengan 1 μg retinol, 2 μg of β-carotene dalam minyak, 12 μg beta-carotene "permakanan", atau 24 μg permakanan carotenoids provitamin-A yang lain.[5]

Bahan dan persekitaran kimianyaMikrogram setanding retinol per mikrogram bahan
retinol1
beta-carotene, larut dalam minyak1/2
beta-carotene, permakanan biasa1/12
alpha-carotene, permakanan biasa1/24
beta-cryptoxanthin, permakanan biasa1/24

Disebabkan penghasilan retinol melalui provitamins oleh badan manusia dikawal oleh jumlah retinol terdapat bagi badan, penukaran ini khusus hanya bagi manusia yang mengalami kekurangan vitamin A. Penyerapan provitamins juga sebahagian besarnya bergantung kepada jumlah lipid yang dimakan bersama provitamin; lipid meningkatkan penyerapan provitamin.[6]

Satu rumusan yang boleh diambil daripada penyelidikan baru adalah buah dan sayuran tidak begitu berkesan membekalkan vitamin A sebagaiman yang pernah difikirkan—dalam kata lain, Kandungan IU yang dilaporkan hanya bernilai separuh dari jumlah IU yang sama dalam tambahan larut-lemak. Ini adalah penting bagi vegetarian. (Rabun malam boleh dihalang di negara di mana sedikit daging atau makanan ditambah vitamin A boleh didapati.) Contoh permakanan vegan bagi satu hari yang membekalkan vitamin A yang mencukupi telah diterbitkan oleh ’’Food and Nutrition Board ’’(muka surat 120[5]). Sebaliknya, nilai rujukan bagi retinol atau yang standing dengannya, yang diberikan oleh ’’National Academy of Sciences’’, telah berkurangan. RDA (bagi lelaki dewasa) pada 1968 adalah 5000 IU (1500 μg retinol). Pada 1974 RDA ditetapkan kepada 1000 RE (1000 μg retinol), di mana kini Dietary Reference Intake adalah 900 RAE (900 μg atau 3000 IU retinol). Ini bersamaan dengan 1800 μg β-carotene tambahan (3000 IU) atau 10800 μg β-carotene dalam makanan (18000 IU).

Rujukan

WikiPedia: Vitamin_A http://www.emedicine.com/emerg/topic638.htm http://www.emedicine.com/med/topic2382.htm http://www.nutritiondata.com/facts/pork-products/2... http://www.nutritiondata.com/facts/vegetables-and-... http://www.nutritiondata.com/facts/vegetables-and-... http://www.nutritionj.com/content/7/1/7 http://www.mrw.interscience.wiley.com/emrw/9780470... http://www.iom.edu/Object.File/Master/7/296/webtab... http://lpi.oregonstate.edu/infocenter/vitamins/vit... http://www.dietary-supplements.info.nih.gov/factsh...